Dia datang, Aku pulang: Dia dan Aku didatangi, dipulangkan.
“Sampai bila harus bertamu?
Bukankah ia mengganggu?”
Bening matanya debar di dadaku
Tanyanya cabar wibawa padu
Lalu aku berlalu
Sarat himpun ilmu.
(i)
Ketika kuntum sena gugur
Dia datang
Sebakul hasrat
Di tangannya menjamah hati
Aku keliru
Segera mahu pulang
Die terkedu.
(ii)
Ketika kelopak mawar gugur
Aku pulang
Sebakul hasrat
Di tanganku membenih diri
Dia buntu
Segera mahu dia datang
Aku pilu
(iii)
Dia datang
Aku pulang
Dia dan aku banjir hasrat
Aku dan dia surut matlamat
Dia pulang
Aku datang tiada sepakat
Kau Tuhanku, Maha Agung.
“Sampai di sini kita ketemu
Masa mendewasakanmu.”
Bundar mataku getar di dadanya
Bicara kami mati di situ
Lalu aku berlalu
Sarat genggam waktu.
Senja merah
Segalanya berakhir
Dia datang
Aku pulang
Dia dan
Aku didatangi, dipulangkan
Ujinya ilmu dan waktu
Maha Agung, kau Tuhanku!

Leave a Reply