ampuni aku
sudah lama tidak bertemu….
namun, hati dan perasaan ku tidak pernah berubah
juga goyah
hati dan perasaan ini
sentiasa mengingati dan merinduinya
pelbagai persoalan mengganggu fikiran
di mana arah tuju hidupku
di mana destinasi hubungan ini
adakah ia disulami dengan segala keikhlasan
segala kesetiaan
tanpa noda dan dosa….
siapakah aku di sisinya
siapakah dia di hatiku?
segalanya menjadi tanda tanya
bagaimana dan kenapa ia berlaku
hati dan perasaan….
bukan mudah untuk ku melafazkan apa yang tersirat di hati
di sebalik penampilan dan perkataan
segalanya terlalu complicated
namun, ketahuilah kekasih
segalanya hanya untukmu
bimbinglah daku ke arah keredhaanNya
agar segalanya sempurna
tiada silap dan salah
tiada noda dan dosa
aku berserah hanya padaNya
aku pohon padaNya
agar dipertemukan
aku dan dikau
di dalam agama suci
ijabkabulkan daku dan dikau
di jalan yang lurus
agar aku dan dikau
bahagia bersama hingga ke akhirnya
fahamilah kekasih
aku tidak ingin menjadi "girlfren"mu
izinkan ku untuk menjadi….
isteri untukmu
ibu buat zuriatmu
anak perempuan bagi ibubapamu
namun kekasih
aku mohon ampun dan maaf darimu
kerna aku pernah terusik akan niat seorang insan
yang ingin menyunting hati ini
bukan niatku untuk menodai
aku pernah putus asa akan segala yang kuharapkan
tatkala itu, aku merasakan terlalu berdosa
ampunilah daku….
kasih..
sukar untuk kumelupakanmu
kerna aku bahagia
tatkala namamu disebut
lahir dari hati yang bahagia………

Leave a Reply