header image
 

Ku cari DaMai Di Hati

MoNolog SeKepiNg Hati

aku rindukan dia. aku rindukan dia saat ini. rindu yang tidak dapat aku lahirkan dalam bentuk yang bertulis. rindu yang tidak dapat aku zahirkan kecuali dengan linangan air mata yang tidak mahu berhenti. rindu yang menjadikan aku manusia murung kerananya. rindu yang selalu saja membuatkan aku nanar separuh jiwa. rindu yang dapat membuatkan seluruh urat saraf bagaikan tidak berdaya. rindu yang penuh hiba. rindu yang menjadikan aku bagaikan mahu menggapainya walaupun dalam mimpi. rindu yang membuatkan aku tidak berilham untuk menuturkannya kali ini. betapalah aku kini sedang berdepan dengan rindu yang terlalu menyakitkan.

aku rindukan dia. sekali lagi aku tuturkan bicara itu. sekali lagi tidak aku jemu meluahkannya berkali-kali. tidak aku jemu menuturkannya walau untuk seribu kali sekalipun. kerana, sungguh, aku terlalu rindukan dia. aku rindukan semua yang ada padanya. aku rindukan lirikan matanya. aku rindukan keindahan senyumannya. aku rindukan keasyikan pandangannya. aku rindukan kemesraan tawanya. aku rindukan kepetahan bicaranya. aku rindukan gurauan tawanya. aku rindukan rajuknya. aku rindukan wajahnya. dan sesungguhnya, aku rindukan setiap yang ada padanya……

~ by busyra on July 5, 2006.

Leave a Reply