header image
 

wanita oh wanita

"Wanita yang cantik"

"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi.
Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.." Apabila
si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantik
lah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman
dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah
dia. Ah… siapa yang tidak seronok bila dikatakan
cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila
dipuji kecewa bila dikeji. Tetapi lain halnya bagi si
mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya.
Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan
sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa
‘perasan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata
orang, wanita cantik banyak mahunya.

Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau
ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran
dengan wang yang beribu.

Ada

pula yang rela menjadi
andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan
ditangkap lari. Jika ia seorang isteri bangga dengan
kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si
suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan
karenahnya. Lebih

malang

jika si suami pula suka akan
kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar
kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang
dicucuk hidungnya. Ke mana di arah di situlah
perginya, Alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik
rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya
tidak tercapai,

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya
digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati
mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri
seorang wanita samaada cantik atau tidak adalah pada
akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada
suami. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti
tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang
derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik
warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak
cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa
mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa
tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan
bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan
si bunga raya,tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat
gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon
nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi
mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak
akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak
cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah
apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan
usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih
sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk
menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia.
Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat
kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut
luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada
yang irihati dan mahu menganiayai atau menandingi
kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung
pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan
manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang
neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan
gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang
dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan
itu hidangan setiap insan, cantik, indah tetapi hina
terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik
buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang
berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan
persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang
berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan
ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.
Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.
Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan
Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru
sanggup berjuang, berkorban apa saja demi
mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita
mendaki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal
manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah
pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari
penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa
digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah
ke seluruh penjuru alam. Dimana saja mata menjurus di

sana

ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke
langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau.
Saksikanlah kilauan mentari, percikkan cahaya bulan
dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang,
gunung-ganang tidak terpancang. Usah terlena dibuai
keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung
pengajaran: Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari
Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan
maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan.

~ by busyra on May 6, 2006.

Leave a Reply